Rezeki Itu, Allah yang Punya

Image

Rezeki Itu Milik Allah

Dewasa ini kita melihat, sungguh ramai manusia yang tidak menjadikan Allah sebagai pendamping di dalam hidup mereka. Ini telah menyebabkan mereka sering merasa kekosongan di dalam jiwa mereka. Adakalanya mereka merasakan hidup mereka tidak bermakna lagi.

Setiap muslim perlu merasakan kehadiran Allah, mengawasi dan menjadi pendamping mereka yang paling dekat. Inilah yang dipanggil sebagai muroqobah. Peperiksaan akhir untuk semester ini hampir berakhir tidak lama lagi bagi mahasiswa IPTA. Ada yang dapat mengharungi peperiksaan ini dengan jayanya , dan ada juga yang berlaku sebaliknya.

Orang Soleh yang Gagal VS Orang Fasiq yang Berjaya

Ramai yang tidak mengetahui hakikatnya , semua yang berlaku adalah perancangan dan percaturan dari Allah. Sebagai seorang muslim, seharusnya kita meletakkan setinggi-tinggi pengharapan kepada Allah yang Maha Hebat. Apabila kita dilanda musibah, dan dikurniakan nikmat, kita perlu mensyukurinya kerana semua yang kita alami datangnya dari Allah.

Ramai yang menyangka bahawa mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan merupakan nikmat dari Allah, dan dalam masa yang sama, mereka tidak menunaikan amanah Allah dengan tidak bersolat, tidak berpuasa, menonton video lucah dan banyak lagi. Allah telah berfirman di dalam Al-quran ;

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (Surah Al-An’am :44).

Ini yang telah disebut oleh Rasulullah sebagai istidraj. Allah bagi kejayaan kepada orang yang kufur dengar Allah bertujuan untuk menghancurkannya.

Ada juga golongan yang satu lagi merasakan Allah tidak adil kepada mereka kerana mereka gagal di dalam peperiksaan padahal mereka rajin menunaikan ibadah wajib dan sunat seperti qiammulail, membaca Al-quran dan puasa sunat. Adakah ini balasan di atas segala komitmen mereka terhadap ibadah? Ketahuilah wahai sahabat sekalian, bahawa ini merupakan ujian dari Allah. Allah menguji kita untuk menilai sejauh mana keikhlasan beribadah kepada-Nya.

Rezeki dari Allah.

Ketahuilah wahai sahabat sekalian, keputusan yang cemerlang dan tidak cemerlang tidak membawa apa-apa makna jika kita tidak meletakkan keyakinan yang tinggi kepada Allah bahawa segala rezeki datang dari Allah. Tidak semestinya dengan keputusan yang rendah kita tidak akan dapat kerja. Tidak menjadi suatu jaminan juga, jika kita adalah pelajar fakulti kejuruteraan , kita akan jadi jurutera bila kita tamat belajar nanti. Semua itu rezeki dari Allah. Allah yang telah aturkan rezeki untuk kita. Kita hanya perlu berusaha untuk mencari di mana rezeki yang telah Allah tetapkan. Di alam pekerjaan, fresh graduate student yang memperolehi keputusan kelas pertama, gajinya sama dengan graduan kelas dua bawah. Jadi, pointer tinggi atau rendah bukan nilaian sebenar kepada anda berjaya atau gagal.

Jadi, yakinlah bahawasanya, rezeki milik Allah. Setiap manusia mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. Ada yang bagus di dalam study , ada yang cemerlang di dalam berniaga, dan ada yang cemerlang bila sudah bekerja. Seharusnya jangan merasa dukacita jika anda tidak cemerlang di dalam pelajaran, mungkin anda akan cemerlang di alam pekerjaan nanti. Walau bagaimanapun, usaha semaksima mungkin perlu kita lakukan untuk cemerlang dalam pelajaran sebelum kita meletakkan pandangan bahawa mungkin kita akan berjaya dalam bidang lain seperti yang telah disebutkan sebelum ini. Seterusnya barulah kita perlu meletakkan keyakinan bahawa Allah yang akan beri kita rezeki.

Mohd ‘Izzul Hafizuddin Mohd Solehuddin

Naib Pengerusi I, PEMBINA Johor

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s