Merancakkan Budaya Membaca di kalangan Belia Muslim

“Selalu bila travel bersama awak je, saya selalu nampak awak bawa buku. Buku apa yang awak sedang baca tu?”

“Oh… Saya sedang membaca buku Biografi Tokoh Dakwah, Al-Syahid Hasan Al-Banna”

Demikian beberapa potongan perbualan yang merupakan impian penulis untuk melihat budaya membaca ini subur di mana-mana. Rancaknya budaya membaca dikalangan Belia Muslim akan memungkinnya negara kita mencapai tahap rakyat maju minda kelas pertama. Bukankah Allah SWT telah berfirman ketika wahyu pertama diturunkan iaitu “Iqra” yakni bacalah!, maka membaca sepatutnya menjadi perkara utama yang terdapat dalam agenda pembangunan Umat Islam.

Membaca jambatan ilmu

Ada orang sering bertanya, buku apakah yang sepatutnya dibeli? 7 habits atau 30 habits? Buku tebal atau nipis? Buku sains atau agama?

Jawapan penulis ialah anda beli atau pinjam dan baca. Tidak kiralah samada buku itu berapa banyak habits pun, dan tidak kira juga nipis atau tebal buku tersebut! Yang penting anda baca dan dapat sesuatu daripada buku tersebut. Sesungguhnya membaca dapat mencambahkan minda dan mengelakkan kita daripada mengeluarkan kata-kata yang merapu. Perbincangan-perbincangan orang yang rajin membaca biasanya jauh lebih matang dan mendalam berbanding orang yang tidak rajin membaca. Terdapat sarjana yang memberikan sebuah kata-kata yang baik buat renungan kita semua:

“Punca yang menghalang kita daripada memahami sesuatu isu yang belum kita fahami ialah disebabkan kita tidak mempunyai sebarang pengetahuan pun mengenai isu tersebut”.

Apa yang boleh disimpulkan daripada kata-kata tersebut ialah kita mesti mempunyai pengetahuan berkenaan sesuatu isu walau sedikit bagi membantu kita memahami isu tersebut secara keseluruhan. Dan pengetahuan-pengetahuan tersebut sangat mudah untuk kita dapati jika kita mengamalkan budaya membaca ini.

Akhir kata, penulis ingin menyeru seluruh Belia Muslim agar menambahkan minat membaca dan menjadikannya sebagai budaya dalam kehidupan seharian. Penuhilah masa-masa anda dengan membaca bahan-bahan ilmiah tidak kira samada ianya berbentuk agama, sains, sejarah mahupun berbentuk kemahiran.

Muhammad Rusydi Muhammad Razif

JK Media PEMBINA Johor


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s