PEMBINA Terus Komited Terhadap Pembentukan Jati Diri Belia Yang Unggul

Antara ahli PEMBINA yang hadir

JOHOR BAHRU, 14 Jan. – PEMBINA sebagai sebuah NGO akan terus komited dan fokus terhadap pembentukan jati diri yang unggul khususnya di kalangan belia, tegas Dr Muhamad Yazid Yahya.
Pengerusi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Cawangan Johor itu berkata demikian ketika berucap di dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PEMBINA Johor 2012 yang diadakan di sini baru-baru ini.
“Fenomena kini memperlihatkan pelbagai permasalahan di kalangan belia terutama mahasiswa termasuklah isu-isu sosial dan juga kelesuan di dalam beraktivisme seperti penglibatan mahasiswa di dalam penganjuran demonstrasi jalanan dan tuntutan kebebasan akademik.
“Oleh itu, PEMBINA hadir sebagai persatuan belia yang akan terus menjadi peneraju aktivisme mahasiswa dalam membina serta mengembalikan jati diri belia muslim melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan,” kata beliau.
Melalui AGM ini, tahun 2012 menyaksikan satu peningkatan positif pencapaian PEMBINA Johor dengan penglibatan belia dan beliawanis dari beberapa IPT seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai sebahagian daripada struktur jawatankuasa PEMBINA Johor.
Selain itu, turut dibincangkan juga di dalam AGM ini adalah bidang tugas setiap jawatankuasa yang dilantik di dalam PEMBINA Johor dan perincian program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012.
Menurut salah seorang ahli PEMBINA, saudara Mohd Zahid Saliman berpendapat, perbincangan tentang perincian program yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012 ini adalah sangat penting supaya perencanaan  pelaksanaan program lebih mapan dan tersusun seterusnya membuahkan hasil yang terbaik.
Bagi saudara Mohd Haleem Shah Ismail pula, penambahbaikan perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam setiap aspek pengurusan persatuan untuk menjadikan PEMBINA Johor sebagai persatuan belia yang memenuhi aspirasi dan semangat para belia khususnya di negeri Johor.
Para beliawanis yang hadir dalam AGM ini rata-ratanya bersetuju bahawa setiap program yang dijalankan akan mendapat hasil terbaik dengan adanya perancangan awal dan tersusun.
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s