KEKASIH AGUNG SEDANG CEMBURU

بسم الله الرحمن الرحيم

Serahkan jiwa ragamu sepenuhnya pada Ilahi

Adakah….

Anda sedang asyik membalas SMS dengan seorang yang bukan mahram?

Adakah….

Anda sedang ternanti-nanti panggilan si dia?

Adakah….

Anda sedang menunggu saat-saat dapat bertembung dengannya?

Adakah….

Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar ?

Dan kalaulah jawapannya YA, anda sedang membuat KEKASIH AGUNG anda sangat cemburu!!

Tetapi macam mana KEKASIH AGUNG boleh mencemburui kita? Mari ikuti jalan cerita yang seterusnya.

Kata IBN QAYYIM AL JAWZILLAH:
“Allah S.W.T. cemburu terhadap hati hambanya yang mengabdikan cinta ,harap dan takut kepada Nya,dan ada sesuatu yang lain dalam hatinya selain Dia”.

Kata-kata Ulama’ besar ini ada kekuatanya daripada sabda Rasulullah S.A.W.,

Daripada Mughirah r.a katanya:
“Sekiranya aku melihat lelaki berkelakuan serong(bermesra-mesraan) dengan isteriku,nescaya lelaki tersebut akan ku tetak dengan mata pedang yang tajam, bukan dengan sisi tepi pedang”.

Dan apabila Rasulullah mendengar ucapan itu,baginda terus bersabda: “Mengapa kamu hairan melihat cemburu ya Saad? Demi Allah, Aku lebih cemburu daripadanya (perkara yang diambil endah dan benci demi agama). Dan Allah lebih cemburu daripadaku. Kerana itu dilarangnya perkara keji, baik yang terang mahupun yang sembunyi. Dan tiada seorang pun yang suka memberi maaf kepada Allah dan kerana itu diutusNya orang orang yang memberi berita gembira dan orang yang memberi peringatan.Tiada seorang pun yang suka menerima pujian lebih daripada Allah,dan kerana itu untuk orang selalu memujiNya dijanjikan syurga”.
    RIWAYAT AL BUKHARI DAN MUSLIM

Cemburu Allah Tanda Besarnya Cinta

Kecemburuan Allah tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Tiada sesekali sifat kekurangan terhadapNya. Allah cemburu ekoran besarnya cinta Dia yakni yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hambaNya. Dia tidak memerlukan kita dan tidak luak dengan kelalaian kita dan tak terjejas dengan cinTA kita.

TETAPI KITA???

Keperluan kita kepada cintaNya lebih penting dari kita perlukan 0xygen,makanan dan minuman.Mencinta Allah adalah fitrah hidup kita semua.

Dia cemburu hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadaNya kerana Dia sayangkan kita.Allah tak nak kita menempah jalan sengsara.Dia tawarkan cinta yang tidak mengenal kecewa.INILAH HAKIKAT CINTA TERAGUNG.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Dan antara  manusia yang menyembah tandingan tandingan selain Allah,mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah”.(2:165)

CintaNya cinta yang utama.

CintaNya:
-membuatkan semua masalah besar menjadi kecil kerana kita ada Allah untuk menyelesaikannya.
-membuatkan kita berasa kuat dan yakin kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dibumi bersama kita.
-membuatkan hidup kita mulia kerana kita hanya hambaNya,tidak boleh diperhambakan oleh sesama kita.

BILA KITA TAK KISAH..

Apabila kita tidak kisah akan kecemburuan Allah S.W.T. terhadap kita, terus menerus mengagungkan makhluk daripadaNya, bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita.  Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daripada jalan-jalan menuju hidayah dan menuju ke syurga.

Cuba fikirkan apabila Allah memutuskan kita daripada kebaikan ,maka apa ertinya hidup kita??

Lebih mengerikan apabila Allah menghilangkan “rasa” yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita mudah hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil sesuatu keputusan. Pernah dilaporkan dalam akhbar bagaimana dengan mudahnya ditipu tanpa sebarang rasa.

Alkisah seorang gadis sedang menunggu abangnya di pondok bas. Tiba tiba,sebuah teksi berhenti dan seorang pemuda keluar daripada tempat duduk belakang. Dia meluru kepada gadis tersebut lalu mencaci maki si gadis itu.

Lelaki: Memang benarlah kamu yang mencuri handset saya??!! (menengking tak tentu pasal).

Si Gadis: Hey!!.Saya tidak tahu apa apa?? (tiba tiba rasa takut).

Gadis itu membela diri sambil terpaksa menahan malu terhadap orang di sekeliling ketika itu.

Lelaki: Kalau benar kata kamu, jom kita selesaikan di balai!!

Si Gadis: Mari!!!..

Gadis itu tanpa curiga terus mengikuti lelaki tersebut itu menaiki teksi. Teksi membawanya ke sebuah hotel. Akhirnya, dia dirogol di situ.

Persoalannya,Mengapa begitu mudah dia ditipu oleh lelaki jahat itu???

Bagaimana Mereka Menguruskan Cinta.

Memang betul ketarikanmu kepada si dia itu lumrah. Fitrah yang Allah hadirkan. Setiap fitrah itu ada peraturannya. Fitrah makan pun ada peraturanya. Inikan pula fitrah cinta? Jadi adakah wajar anda mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang Allah tetapkan?

Sanggupkah dirimu mewujudkan sebuah kenangan cinta tanpa peraturan? Penuh maksiat hati. Menjalar pula kepada maksiat perbuatan. MasyaAllah…

Wahai Hati Remaja, bukan dirimu sahaja yang mengalami rasa cinta,malah semua orang tidak akan terkecuali termasuk para rasul,sahabat,dan orang soleh.

Bezanya bagaimana mereka menguruskan perasaan itu? Bagaimana kita pula uruskanya?.

Dalam kitab Raudah al-Muhibbin tulisan Ibn al Qayyim menceritakan Saiyidatina Fatimah Az-zahra pada malam pertama. Puteri baginda Rasulullah, pengantin baru itu pun berkata kepada Sayidina Ali.

Fatimah: Kanda,dulu sebelum kita nikah,dinda teringin sangat nak jadi isteri seseorang. Dinda amat mengaguminya.

Ali: Dinda menyesal nikah dengan kanda??

Fatimah: Tidak kandaku sayang, kerana orang itu ialah kanda.

Kisah ini menjadi salah satu bukti jelas bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam perasaan cinta kepada Saidina Ali.mengagumi, merindui, dan memasang impian hidup bersamanya.

Namun,adakah si gadis beriman itu tidak berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali,berhubung melalui burung merparti,mengatur di belakang pokok kurma atau membonceng unta bersama kekasihnya?.

Begitu juga Saidina Ali. Adakah dia melalaikan Fatimah dengan janji-janji kosong sebelum nikah? Adakah dia meredah hak wali dengan terus mengurat gadis idamannya? Adakah dia berebut cinta Fatimah yang turut diimpikan oleh Umar dan Abu Bakar dengan membawanya lari? Adakah dia meminang Fatimah tanpa punyai jati diri yang kukuh?

Kita!!.???

Bagaimana kita menguruskan perasaan fitrah cinta kita terhadap si dia? Adakah jalan itu menghampiri jalan fitnah ataupun jalan yang mendekati kepada barakah??

Renung-renungkan lah…Wallahualam. :)

(Solusi/28)

Sumber diolah dari :

http://keagunganzikrullah.blogspot.com/2011/02/kekasih-agung-sedang-cemburu.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s