Beratnya Ujian..


Assalamualaikum..

‘Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa, kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan berbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, “kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.

(Al-Baqarah:214)

 

Teringat lagi saya, saya suka menyampaikan pada rakan-rakan saya ayat Al-Quran ini. Saya beritahu mereka bukan mudah nak masuk syurga. Takkanlah kita boleh masuk syurga kalau kita tidak diuji.

Entahlah, sebenarnya begitu mudah untuk kita berkata-kata tetapi apabila ujian itu menimpa diri kita, itulah yang betul-betul menguji keimanan dan keihklasan kita.

Ada yang diuji dengan cinta, diuji dengan duit, diuji dengan pujian dan sebagainya..

 

Bila kita kata kita berkahwin kerana dakwah, kita akan diuji dengan kata-kata kita, misalnya orang yang kita minat sekian lama tetapi tidak mahu menerima kita. Kalau kita betul-betul ikhlas berkahwin kerana dakwah, kecewa memang kecewa tetapi takdelah nak frust teruk sangat, kerana peluang untuk berkahwin kerana dakwah itu masih terbuka luas.

 

Bila kita kata kita sama-sama perlu menjaga ukhuwwah, kita akan diuji contohnya apabila bertemu dengan orang yang tidak sefahaman dengan kita dalam gerak kerja dakwah, bagaimana kita melayan mereka, apa yang kita katakan dibelakang mereka, bagaimana penjagaan kita terhadap keaiban mereka.

 

Bila kita kata kena ikhlas, kita akan diuji dengan pujian dan sebagainya..

Itu semua adalah ujian untuk menaikkan darjat kita di sisi Allah..

 

Beratnya ujian itu melambangkan ketinggian iman seseorang

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”

Yakinilah setiap perkara itu ada hikmahnya.. bersabarlah..

Ya..mudah untuk saya mengatakan ‘bersabarlah’

Tetapi sedih bagaimana pun kita apabila kita ditimpa sesuatu ujian, ia tidak akan mengubah apa yang terjadi malah bersabar dan meyakini setiap sesuatu ada hikmahnya, itulah skrip yang terbaik..yang dilakukan para sahabat terdahulu..

Beratnya ujian… memang berat… tetapi indah lagi syurga di sana..

Waallahua’alam

Muhamad Iqbal Hakim Bin Mohd Tahir

Sumber: madrasatuna.wordpress.com/2010/01/11/beratnya-ujian/

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s